Home » , , » Mineral Magnesium

Mineral Magnesium

download makalah mineral (magnesium) full pdf disini

oleh : Syarfin

A.      Pendahuluan

Mineral adalah senyawa alami yang terbentuk melalui proses geologis. Istilah mineral termasuk tidak hanya bahan komposisi kimia tetapi juga struktur mineral. Mineral termasuk dalam komposisi unsur murni dan garam sederhana sampai silikat yang sangat kompleks dengan ribuan bentuk yang diketahui (senyawaan organik biasanya tidak termasuk). Ilmu yang mempelajari mineral disebut mineralogi.
Agar dapat diklasifikasikan sebagai mineral sejati, senyawa tersebut haruslah berupa padatan dan memiliki struktur kristal. Senyawa ini juga harus terbentuk secara alami dan memiliki komposisi kimia yang tertentu. Definisi sebelumnya tidak memasukkan senyawa seperti mineral yang berasal dari turunan senyawa organik. Bagaimanapun juga, The International Mineralogical Association tahun 1995 telah mengajukan definisi baru tentang definisi material:
Mineral adalah suatu unsur atau senyawa yang dalam keadaan normalnya memilili unsur kristal dan terbentuk dari hasil proses geologi.
                      
Magnesium ialah unsur kimia di dalam jadwal berkala yang mempunyai simbol Mg dan nombor atom 12 dan massa atom 24.31. Magnesium merupakan unsur yang paling berlimpah dan merangkumi 2% daripada kandungan kerak Bumi dari segi berat, dan merupakan unsur ketiga terbanyak yang terlarut dalam air laut. Logam Alkali Bumi ini digunakan terutama sebagai agen pengaloian untuk membuat aloi aluminium-magnesium, yang biasanya dinamakan "magnalium" atau "magnelium".
B.       Sifat Magnesium

Magnesium adalah logam yang agak kuat, putih keperakan, ringan (satu pertiga lebih ringan daripada aluminium) dan akan menjadi kusam ketika terkena udara, walaupun berlainan daripada logam alkali, penyimpanan dalam persekitaran yang bebas oksigen tidaklah diperlukan. Dalam bentuk serbuk, logam ini terbakar apabila dicampurkan kepada kelembapan dan terbakar dengan nyala putih. Ia amat sukar untuk terbakar secara pukal, sebaliknya mudah untuk menyala jika dipotong menjadi jalur nipis. Apabila ia terbakar, amatlah sukar untuk mematikan pembakaran, kerana ia boleh terbakar bersama nitrogen {membentuk magnesium nitrida), dan karbon dioksida (membentuk magnesium oksida, dan karbon). Apabila pita logam magnesium dibakar dan seterusnya direndam dalam air, ia akan meneruskan pembakaran sehingga pita magnesium habis terbakar. Magnesium, ketika dibakar dalam udara, menghasilkan cahaya putih yang terang. Ini digunakan pada zaman awal fotografi di mana serbuk magnesium digunakan sebagai sumber pencahayaan (serbuk kilat). Kemudiannya, pita magnesium digunakan dalam mentol denyar yang dinyala secara elektrik. Serbuk magnesium masih digunakan dalam pembuatan mercun dan nyala marin apabila cahaya putih terang diperlukan.


Sumber
Anonim. 2010. Mineral. http://ms.wikipedia.org/wiki/Magnesium (diunduh, 6 Mei 2010)
Anonim. 2009. Mineral Magnesium. (diunduh, 6 Mei 2010)
Anonim. 2010. Magnesium-Mineral Penting untuk Wanita. http://kesehatan.kompas.com/read/2009/12/10/15384962/Magnesium..Mineral.Penting.untuk.Wanita (diunduh, 6 Mei 2010)
Anonim. 2010. Magnesium-Si Penguat jantung. http://www.tribunkaltim.co.id/read/artikel/2162 (diunduh, 6 Mei 2010)

0 komentar:

Post a Comment