Home » , , » Fungsi dan Sumber mineral magnesium

Fungsi dan Sumber mineral magnesium


download makalah mineral (magnesium) full pdf disini

A. Fungsi Magnesium


1. Fungsi magnesium diluar tubuh

Sebatian magnesium, terutamanya magnesium oksida, digunakan utamanya sebagai bahan refraktori untuk ari relau dalam penghasilan besi, keluli, logam bukan besi, kaca, dan simen. Magnesium oksida bersama sebatian-sebatian lain juga digunakan dalam industri pertanian, kimia dan pembinaan. Dalam bentuk logam, kegunaan utama unsur ini adalah sebagai bahan tambah aloi dalam aluminium. Aloi aluminium-magnesium ini biasanya digunakan dalam pembuatan tin minuman.

Magnesium, dalam bentuk tulennya, adalah seperti aluminium, iaitu kuat dan ringan. Oleh sebab itu ia digunakan dalam beberapa penggunaan pembuatan alat berisipadu tinggi, termasuklah komponen automotif dan trak. Roda khusus bergred tinggi yang diperbuat daripada aloi magnesium adalah dipanggil "roda mag." Dalam tahun 1957, sebuah kereta Corvette SS, yang direka untuk perlumbaan, telah dibina sepenuhnya menggunakan panel badan magnesium. Volkswagen telah menggunakan magnesium pada enjinnya selama bertahun-tahun lamanya. Untuk sekian lamanya juga, Porsche telah menggunakan aloi magnesium pada blok enjinnya kerana kelebihan pada berat, tetapi sekitar awal tahun 1980-an ia kembali menggunakan aluminium kerana kelasakan yang lebih baik pada kuasa enjin tinggi dan harga yang lebih rendah. Akan tetapi, minat kembali timbul pada blok enjin magnesium, seperti yang dipertunjukkan dalam BMW model 325i dan 330i tahun 2006. Enjin yang merangkul anugerah BMW adalah menggunakan aloi aluminium yang dimasukkan ke dalam dinding silinder dan jaket penyejuk yang dikelilingi oleh aloi magnesium AJ62A suhu tinggi. Penggunaan aloi magnesium AE44 dalam endul enjin Corvette Z06 telah memajukan teknologi rekaan bahagian automotif lasak menggunakan magnesium. Kedua-dua aloi ini merupakan kemajuan terbaru dalam aloi magnesium bersuhu tinggi dan rendah rayap. Pembangunan aloi-aloi baru dengan kos yang rendah, yang semakin menjadi saingan kepada aluminium, akan meningkatkan bilangan penggunaan dalam bidang automotif.

Kegunaan-kegunaan lain termasuklah:
  • Pengeluaran sulfur daripada besi dan besi waja.
  • Plat fotoukiran dalam industri pencetakan.
  • Dicampurkan dalam aloi, logam ini penting untuk pembinaan kapal terbang dan peluru berpandu.
  • Apabila digunakan sebagai agen pengaloian, logam ini memperbaiki sifat mekanikal, pembikinan dan pengimpalan logam aluminium.
  • Agen penambah dalam bahan perejang konvensional dan digunakan untuk menghasilkan grafit nodul dalam besi tempa.
  • Agen penurun dalam penghasilan uranium tulen dan logam-logam lain daripada garamnya.
  • Magnesium hidroksida digunakan dalam susu magnesia, magnesium klorida dan magnesium sulfat dalam garam Epsom dan magnesium sitrat dalam perubatan.
  • Magnesit dead-burned digunakan untuk tujuan refraktori seperti batu-bata dan ari pada relau dan pengubah bermangkin.
  • Magnesium adalah bahan boleh terbakar, dan terbakar pada suhu lebih kurang 2500K (2200 °C, 4000 °F).
  • Suhu pembakaran magnesium yang sangat tinggi membolehkannya menjadi alat berguna untuk menghasilkan api keselamatan semasa beriadah atau kegiatan luar.
  • Serbuk Magnesium karbonat (MgCO3) digunakan oleh ahli sukan, seperti gimnas dan pengangkat berat, untuk memperbaiki genggaman pada objek – iaitu radas atau palang angkat.
  • Magnesium stearat adalah serbuk putih yang agak mudah terbakar dan mempunyai sifat pelincir. Dalam teknologi farmaseutikal, ia digunakan dalam perkilangan tablet, untuk mengelakkan tablet daripada melekat pada alat semasa proses mampatan tablet {iaitu, apabila bahan tablet ditekan menjadi bentuk tablet)
  • Kegunaan yang lain termasuklah dalam fotografi lampu kilau, nyala, dan piroteknik, termasuklah bom api.

2. Fungsi dalam  tubuh
Bicara soal magnesium, jenis mineral ini adalah salah satu yang berperan penting dalam metabolisme tubuh. Mengapa tubuh memerlukan magnesium? Karena mineral ini bersifat multifungsi dan sangat diperlukan setiap sel untuk menghasilkan energi. 

Magnesium diperlukan tubuh untuk memproduksi 300 jenis enzim, pengiriman pesan melalui sistem syaraf, membuat otot-otot tetap lentur dan rileks serta memelihara kekuatan tulang dan gigi. Fungsi penting lainnya adalah menjaga konsistensi detak/ritme jantung serta membuat tekanan darah tetap normal. 

Dalam banyak penelitian, peran magnesium juga dibutuhkan dalam mengatasi sejumlah penyakit seperti asma dan diabetes. Mineral ini juga terbukti sangat penting artinya dalam mengatasi gangguan atau kelainan ritme jantung. Magnesium juga dibutuhkan perannya dalam penyerapan serta penggunaan beragam vitamin dan mineral lainnya. Vitamin C dan kalsium misalnya, akan bekerja sempurna di dalam tubuh apabila kebutuhan magnesium tercukupi.



B. Sumber

1. Sumber non makanan
Walaupun magnesium dijumpai di dalam lebih daripada 60 jenis mineral, hanya dolomit, magnesit, brucite, carnallite, talkum, dan olivine mempunyai kepentingan komersil.

Di Amerika Syarikat, logam ini diperolehi utamanya melalui elektrolisis magnesium klorida lebur daripada air garam, air telaga dan air laut.

katod: Mg2+ + 2 e- → Mg

anod: 2 Cl- → Cl2 (gas) + 2 e-





2. Sumber makanan

Hampir seluruh kebutuhan magnesium kita berasal dari tumbuh-tumbuhan, meskipun beberapa makanan laut mengandung magnesium yang cukup. Magnesium yang merupakan atom pusat dari struktur klorofil sangat penting bagi tanaman dalam melakukan fotosintesis. Oleh sebab itu, sayuran berdaun hijau gelap merupakan sumber magnesium yany terbaik. Hampir semua jenis kacang-kacangan, biji-bijian, dan kacang polong merupakan sumber magnesium yang baik. Produk kedelai (terutama yang terfermentasi), kacang almond, kacang Brazil, kacang mete, dan kemiri adalah contoh makanan lain yang mengandung magnesium.

Makanan yang kaya akan magnesium lainnya adalah suplemen mineral trace (atau suplemen dari Sari Air Laut) dan garam laut asli. Garam meja yang biasa disebut sebagai garam yodium, tidak mengandung magnesium yang kita perlukan. Oleh karena itu saya menganjurkan kita untuk mengganti garam meja dengan garam laut asli yang diproses secara tradisional karena ia mengandung 84 unsur mineral (termasuk magnesium) dalam komposisi dan susunan kimia yang seimbang.

Tapi perlu diperhatikan bahwa proses pengolahan yang berlebih sebelum disajikan dapat menyebabkan magnesium berkurang sebanyak 70% sehingga kita hanya mendapatkan sisanya,sebesar 30%.

Sayur hijau seperti bayam membekalkan magnesium kerana pusat molekul klorofil mengandungi magnesium. Kekacang, biji-bijian dan sesetengah bijian sempurna, adalah sumber magnesium yang baik.

Walaupun magnesium terdapat pada kebanyakan makanan, ia biasanya wujud dalam jumlah yang sedikit. Seperti kebanyakan nutrien, keperluan seharian magnesium tidak dapat dicapai melalui hanya satu jenis makanan. Memakan beraneka jenis makanan, termasuklah lima sajian buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari dan banyak bijian, akan memastikan keperluan pemakanan magnesium yang mencukupi.

Kandungan magnesium dalam makanan kilang biasanya rendah. Roti penuh gandum, contohnya, mempunyai dua kali ganda lebih magnesium berbanding roti putih kerana germa dan dedak yang kaya magnesium telah dikeluarkan semasa pemprosesan. Jadual sumber makanan magnesium mencadangkan pelbagai sumber gizi magnesium.

Air juga boleh membekal magnesium, tetapi kandungannya berubah-ubah mengikut bekalan air. Air liat mengandungi lebih banyak magnesium berbanding dengan air lembut. Tinjauan gizi pemakanan tidak mengambil kira pengambilan daripada air, dan ini mungkin akan menyebabkan penganggaran lebih rendah dalam jumlah pengambilan magnesium dan kebolehubahannya.

Di bawah menunjukkan beberapa jenis makanan dan kandungan magnesium di dalam setiap jenis makanan tersebut.
· bayam (1/2 cawan) = 80 miligram (mg)
· mentega kacang tanah (2 sudu makan) = 50 mg
· kacang bol (1/2 cup) = 45 mg
· susu, rendah lemak (1 cawan) = 40 mg


Sumber :

Anonim. 2010. Mineral. http://ms.wikipedia.org/wiki/Magnesium (diunduh, 6 Mei 2010)

Anonim. 2009. Mineral Magnesium. (diunduh, 6 Mei 2010)

Anonim. 2010. Magnesium-Mineral Penting untuk Wanita. http://kesehatan.kompas.com/read/2009/12/10/15384962/Magnesium..Mineral.Penting.untuk.Wanita (diunduh, 6 Mei 2010)

Anonim. 2010. Magnesium-Si Penguat jantung. http://www.tribunkaltim.co.id/read/artikel/2162 (diunduh, 6 Mei 2010)

0 komentar:

Post a Comment